Tidak tahu kenapa tiba-tiba terasa amat pedih dalam hati. Kemungkinan tinggi situasi emosi ini wujud kerana apa yang telah berlaku beberapa hari yang lalu. Tetapi, reaksi tindak-balas yang dapat disaksikan cuma menunjuk kearah negatif. Apakah yang dimaksudkan negatif? Situasi perang dinging? Alangkah baiknya sekira apajua salah-faham dapat diatasi serta-merta. Apa yang sepatutnya berita baik, telah dijadikan alasan perselisihan.
Justeru itu, dalam keadaan sebegini, adalah hampir mustahil untuk merancang langkah seterusnya. Apakah yang patut dibuat sekarang? Apakah yang patut di katakan sekarang? Apakah kesimpulan yang patut disemaikan didalam minda emosi yang begitu kabur ini?
Adalah amat tidak adil sekiranya dakwaan serong atau tidak tepat dilancarkan pada peringkat awal ini, dimana infomasi lengkap yang diperlukan masih tiada dalam gengaman tangan lagi. Oleh sebab itu, yang perlu dibuat...yang boleh dibuat...cumalah tunggu dalam kesabaran hati yang mantap and keadaan emosi yang tidak tersinggung.
Walaubagaimanapun, "senang cakap, susah dibuat". Beginilah situasi sekarang, susah nak buat sebarang ramalan. Yang boleh dibuat pada masa sebegini cumalah pegangan kepada harapan positif agar segala-galanya dapat penjelasan yang munasabah.
Namum demikian, yang memang tidak dapat dielakan sekarang adalah kepahitan yang begitu terasa. Bah kata perpatah, "Bagai dihiris dengan sembilu". "Pedih hati, biarlah manis akhirnya dihujung".
[hmm, not bad, I guess. But I hope I did not ter-use any wrong words that could bring further damaging meanings. keke...]
No comments:
Post a Comment